Artikel Education, General And Islamic

Kidah Fikih-5 > Pecahan Kaidah Adat dijadikan hukum ( العادة محكّمة )

Artikel terkait : Kidah Fikih-5 > Pecahan Kaidah Adat dijadikan hukum ( العادة محكّمة )


          Berikut adalah pecahan yang terdapat dalam kaedah ini, antaranya:[22]
a)      انما تعتبر العادة اذا اطردت او غلبت ) ) Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan lebih banyak berlaku. Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan berlaku. Justeru itu, adat kebiasaan berada pada kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat kebiasaan itu berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas atau pun dalil untuk mengharuskannya. Dalam konteks tersebut, sekiranya apa yang berlaku itu jelas secara berterusan pada adat kebiasaan, yang berterusan itu dikira sebagai hukum. Untuk itu, jadilah kedudukan akad menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü Seseorang yang menyewa mesin jahit untuk menjahit pakaian, benang menjadi tanggungjawab siapa? Ada perselisihan pendapat dalam hal ini, dan menurut pendapat al-Rafi’i, perkara itu hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Apabila daripada adat kebiasaannya ada perselisihan, hendaklah ada penjelasan dan jika tiada maka akad sewa menyewa tersebut batal.
ü Seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Untuk itu, apabila berlaku akad langganan, walaupun tanpa menyebut penghantaran, maka majalah tersebut secara langsungnya hendaklah dihantar. Jika tidak, pelanggan boleh menuntutnya.
b)      كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابط له فيه ولا فى اللغة يرجع فيه الى العرف )) Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut syarak atau bahasa. Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan. Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu, ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.
ü Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.
c)      تعارض العرف العام والخاص )) Berlaku pertentangan antara ‘uruf umum dan ‘uruf khas. ‘uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya member kesan kepada hukum. Manakala ‘uruf khas pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku  dalam kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga member kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad. Namun, menurut adat kebiasanaan penggunaannya, pengguna mestilah menjelaskan bayaran. Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam masyarakat.
ü Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru berkaitan dengan upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan member upah menurut adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.
d)    ( تترك الحقيقة) Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk menurut adat Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :             

ü Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang lain dengan alas an jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.

Sumber: http://www.radiorodja.com

Artikel Arwave Blog Lainnya :

Copyright © 2015 Arwave Blog | Design by Bamz