Artikel Education, General And Islamic

Kaidah Fikih > Kedudukan Qawaid Fiqhiyyah dalam perundangan Islam

Artikel terkait : Kaidah Fikih > Kedudukan Qawaid Fiqhiyyah dalam perundangan Islam


Sungguhpun kaedah fiqh ini adalah bersifat aghlabiyyat, tidak bererti akan mengurangkan ketinggian nilai ilmunya dalam fiqh. Hal ini kerana terdapat dalam kaedah-kaedah tersebut suatu gambaran yang menarik terhadap prinsip-prinsip fiqh yang umum dengan memantapkan hukum-hukum furu’ yang amali dengan beberapa kaedah. 
Jika kaedah-kaedah ini tidak wujud, maka hukum-hukum fiqh akan menjadi hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadangkala pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang. Oleh kerana itulah Imam al-Qarafi berkata dalam mukadimah kitabnya yang bertajuk al-Furuq yang mana mengatakan bahawa syariat Nabi Muhammad itu mengandungi usul dan furu’. Menurut beliau usul itu mempunyai dua bahagian dan yang pertamanya ialah usul al-fiqh yang mana perbahasannya ialah berkaitan kaedah-kaedah hukum yang timbul dari lafaz-lafaz, seperti al-amar menunjukkan wajib dan al-nahy menunjukkan haram. Sementara usul yang kedua pula ialah qawaid kulliyyah fiqhiyyah yang mana terbahagi kepada banyak cabang merangkumi hukum-hukum furu’ yang tidak mungkin dapat dibilang.

Qawaid fiqhiyyah ini amat penting dalam pengajian ilmu fiqh dan besar manfaatnya. Seseorng yang faqih dapat diukur kemampuannya melalui sejauh mana penguasaan ke atas qawaid fiqhiyyah ini, kerana dengan kaedah ini mereka dapat memahami cara bagaimanakah ingin mengeluarkan sesuatu fatwa. Barangsiapa yang mengambil dan berpegang hanya kepada cabang-cabang masalah juz’iyyat sahaja, tanpa berpandukan kepada qawaid fiqhiyyah, nescaya akan timbul pertentangan furu’ dan memerlukan ia menghafaz masalah-masalah dengan terperinci dan tidak akan berakhir. Namun begitu, barangsiapa yang menguasai fiqh bersama-sama denga kaedahnya, tidak perlulah ia menghafaz banyak masalah juz’iyyat kerana ia telah pun termasuk dalam qawaid fiqhiyyah dan dapat diselaraskan dengan mana –mana kaedah yang bersesuaian dengannya.[4]

Sumber: http://www.radiorodja.com

Artikel Arwave Blog Lainnya :

Copyright © 2015 Arwave Blog | Design by Bamz