Kaidah Fikih-2 > Pecahan kaidah Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan ( اليمين لا يزال بالشك )
Kaedah ini menerbitkan pula
kaedah-kaedah yang lain.Antaranya : [12]
a.
(الأصل بقأ ما كان على ما كان) Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut
Keadaan Sebelumnya.
Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan
mengikut sabit hukum pada masa lampau.
Daripada kaedah ini terbentuk beberapa
masalah, contohnya:
ü
Barangsiapa
yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih
bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih
berhadas.
berhadas.
ü
Orang
yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh)
maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang
jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang
masih kekal.
b.
(الأصل
برأة الذمة) Asal sesuatu perkara bebas daripada tanggungjawab.Berlaku
kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan
ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan
ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia
kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas daripada
tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang
mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang
yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah
ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa. Di
antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:
ü
Pemberi
pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang
dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam(peminjam) dan ia menuntut
gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan
penafian peminjam barang.
ü
Pihak
yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian
orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi
ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana
asalnya terlepas daripada tanggungjawab.
c. (الأصل العم) Asalnya sesuatu itu tidak ada. Ia bermaksud setiap
yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu
hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh
menghilangkan yang asal itu. Daripada pecahan kaedah ini lahir beberapa hukum
dan masalah fekah:
ü
Seseorang
yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia diizinkan , tetapi tuan
punya barang menafikan dakwaan tersebut. Maka pengakuan pemilik barang yang
diterima kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat keizinan.
ü
Seseorang
menafikan ia melakukan persetubuhan dengan seseorang, maka hendaklah diterima
penafiannya, kerana asalnya dan mengikut asalnya tidak ada perhubungan seks.
d.
(من شك: هل فعل شئا اولا, فأصل أنه لم يفعله) Sesiapa yang syak adakah ia telah
melakukan sesuatu atau belum, maka dianggap ia belum melakukaknnya. Sesiapa yang yakin telah mengerjakan
sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan
itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit
kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini. Di antara contoh yang
terbit darinya:
ü
Seseorang
syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia
kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka
hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.
hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.
ü
Orang
yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka
wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu',
maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.
ü
Seorang
yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka
hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan
basuhan yang ketiga.
e.
(الأصل فى كل حادث تقدره بأقرب زمن) Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira
berdasarkan masa yang paling hampir sekali.
Berdasarkan kaedah ini tersebut beberapa hukum,contohnya:
ü
Seseorang
yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi
atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di
sisi mazhab Syafie dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya
selepas daripada tidur yang akhir sekali.
ü
Seseorang
yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan
wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib
diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.
f. (الأصل فى الاشيأ الاباحة, حتى يدل الدليل على التحريم) Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada
dalil yang menunjukkan haram.
Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh
Bazzar dan al-Tabrani:
ما أحل الله فهو حلال, وما حرم فهو
حرام, وما سكت عنه فهوا عفو,فاقبلوا من الله عافيته, فان الله لك يكن ليسى شيئا
Bermaksud: Perkara yang telah
dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah
haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah
kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.
Daripada kaedah tersebut terbit
beberapa masalah:
ü
Binatang
yang tidak jelas atau samar-samar nas tentang haramnya, hukumnya adalah halal
dimakan.
ü
Tumbuh-tumbuhan
dan buah-buahan yang tidak diketahui nama dan hukumnya adalah halal dimakan
g. (الأصل فى الكلام الحقيقة) Asal
di dalam percakapan ialah hakikat.
Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa masalah dan hukum, contohnya:
ü
Seseorang
yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk
cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya
ialah anak sejati.
ialah anak sejati.
ü
Jikalau
seseorang itu bersumpah tidak akan membeli, selepas itu ia mewakilkan
kepada orang lain supaya membeli, ia tidak wajib membayar kaffarah.
h. (الأصل
فى الأبضاع التحريم) Kemaluan perempuan itu asalnya haram. Berdasarkan
kaedah ini lahir beberapa hukum dan masalah, contoh seseorang yang ingin
berkahwin dengan perempuan yang dia tidak yakin sama ada perempuan itu
mahramnya atau ajnabi, maka haram dia berkahwin dengannya, kerana berdasarkan
pengharaman asalnya.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com