Kaidah Fikih-3 > Kesusahan Membawa Kemudahan( المشقة تجلب التيسير )
Kaedah
ini bermaksud , apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam
menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu ringankan , tidak
seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :
1.
Sebagaimana
firman Allah:[13]
Terjemahannya: (dengan
ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
2.
Firman
Allah lagi:[14]
Terjemahan: Allah tidak
mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)
3.
Hadis
daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
إنما بعثتم
ميسرين, ولم تبعثوا معسرين [15]
Terjemahan : Sesungguhnya
kamu diutus untu memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.
Berdasarkan
kaedah ketiga tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap
hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa
agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan member keringanan
bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu
menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
Walaupun
pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai
taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti: kewajipan
mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama,
namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia.
Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi
adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan
kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang
tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak
boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah.
Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti
manusia tidak akan hidupsempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha
dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu
adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.[16]