Kaidah Fikih-4 > Pecahan Kaidah Kemudaratan hendaklah dihapuskan ( الضرر يزال )
Berdasarkan
kaedah ini, terbahagi pula kepada beberapa bahagian dan cabang. Antaranya:[20]
a)
) (الضرر لا يزال بااضرار) kemudaratan
tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. Kaedah ini bermaksud,
biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun bukanlah dengan cara
menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih
besar. Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali
dihilangkan dengan kemudaratan juga. Hal ini kerana seandainya ia diharuskan,
sudah tentulah ia bertentangan dengan kaedah asas iaitu
(الضرر يزال) . Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas
sebelumnya. Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan
masalah yang lebih besar. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini
ialah :
ü
Tidak
boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan orang lain yang juga
akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.
ü
Doktor
tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang
memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan pula orang itu tenat atau
membawa kepada kematian.
ü
Seseorang
itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika dibimbangi
memudaratkannya.
b)
(الضرر
الأشد يزال بالضرار الأخف ) kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan
kemudaratan yang lebih ringan. Kaedah ini mempunyai kaitan dengan
kaedah yang sebelumnya yang mana membawa maksud apabila terdapat dua
kemudaratan dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan
yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang
lebih ringan. Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua
kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah
diperhatikan mana yang lebih besar bahaya. Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih
kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya. Hukum-hukum furu’
yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü
Adanya
hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
ü
Membedah
perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika dengan cara itu bayi
dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
ü
Seseorang
boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja sebarang kemungkaran
yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terang-terang bimbang akan
membahayakannya.
ü
Seseorang
yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh sembahyang dengan pakaian
sekadar yang termampu.
c)
درء
المفاسد مقدّم على جلب المصالح)) menolak
kerosakan didahulukan daripada mengambil kemaslahatan. Kaedah ini memberi
maksud, apabila bertembung antara perkara yang membawa kemaslahatan dan perkara
yang membawa kepada kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada
mencegah kemudaratan. Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan
daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. Hal ini kerana dibimbangi
kerosakan tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan lahirnya kemudaratan yang
lebih besar. Firman Allah SWT : [21]
Maksudnya :
Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak dan judi. Katakanlah
: Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.
Hukum-hukum
furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü
Menghapuskan
iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih besar bahayanya adalah
lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit.
ü
Berbohong
asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk membawa kemaslahatan seperti
mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
ü
Menyedut
air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang yang berpuasa adalah
makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.
d)
يتحمل
الضرر الخاص لدفع الضرر العام)) Ditanggung
kemudaratan berbentuk khas untuk menolak kemudaratan berbentuk am. Kaedah
ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan dan bahaya.
Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan mendatangkan
sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan
khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang lebih umum. Hal ini kerana bahaya
kemudaratan yang berbentuk khusus adalah kurang jika di bandingkan dengan
kemudaratan yang berbentuk umum. Antara hukum-hukum furu’ yang lahir daripada
kaedah ini ialah :
ü
Ditegah
doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah diletakkan di bawah
kawalan dan penjagaan rapi.
ü
Harus
menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah dan
ajaran sesat.
ü
Harus
menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai unsur-unsur ganja dan
candu serta yang boleh dijadikan bahan penyalahgunaan dadah, untuk memebendung
bahaya dalam masyarakat.
e)
الضرر
يدفع بقدر الامكان)) Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat. Kaedah ini
berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop kewajipan
mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan itu dapat dibendung
seluruhnya, maka itulah yang terbaik. Namun, jika tidak termampu untuk berbuat
demikian, maka lakukanlah sekadar yang termampu. Hal ini kerana taklif syarak
itu dikenakan terhadap mukallaf adalah menurut kadar kemampuannya. Untuk itu,
usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya tidak berlaku hendaklah
diusahakan. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah
:
ü
Usaha
Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-Quran supaya ia tidak
hilang.
ü
Umar
al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak timbul masalah
yang lebih besar.
ü
Sekiranya
mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak dengan menggunakan
suara atau sergahan, maka tidak perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun
kayu.
f) الضرر لا يكون
قديما)) Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama
terjadi. Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang
lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan
dihilangkan. Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah
asas yang sebelum ini. Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi
kelonggaran terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan
padanya. Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama
berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan yang baru
berlaku. Hukum-hukum furu’ yang lahir daripada kaedah ini ialah :
ü
Diharuskan
melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat pesakit, walaupun
doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang lama dalam merawat pesakit.
ü
Kiranya
saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum dan mengganggu rang
ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun telah lama berlaku.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com