Kaidah Fikih-4 > Kemudaratan hendaklah dihapuskan (الضرر يزال)
Kaedah
ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan
yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.
Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah
dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.
Dalil asas kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW :
لا ضرار ولا ضرار
Maksudnya
: Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.
Justeru
itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri
sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itulah dalam keadaan
tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak
umum atau pun khusus. Sebagai rumusannya, seseorang insane itu tidak boleh sama
sekali melakukan kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak
boleh pada bahagiannya. Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti
menyertakan kerosakan kepada orang lain. Oleh itu, jumhur ulama’ menetapkan
bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah wajib dijauhi. Selaras
dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan bahawa sesungguhnya syariat
itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada manusia.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com