Kaidah Fikih-3 > Pecahan kaidah Kesusahan Membawa Kemudahan ( المشقة تجلب التيسير )
Daripada kaedah ini , terbentuk
beberapa pecahan iaitu:[19]
a) Sesuatu
perkara apabila tersepit ia menjadi luas. Contohnya seorang wamita yang
kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan
tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki
sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu,
diharuskan perempuan yang ber’idah keluar rumah apabila keadaan mendesak
seperti bekerja untuk saran hidup.
b) Sesuatu
perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit. Maksudnya apabila
darurat telah telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum
asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitan dan membebankan mereka
untu melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan keatas
mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna “sesuatu perkara
apabila tersepit akan menjadi luas”. Tetapi apabila hilang darurat
tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyariatkan. Inilah yang
dimaksudkan “ apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit”.