Kaidah Fikih-3 > Sebab-sebab Rukhsah
Menurut
penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi
keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam
melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:[18]
ü
Pertama:
Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang,
meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan
menggugurkan fardu Jumaat.
ü
Kedua:Penyakit,
syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara'
telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu
semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

Ketiga:
Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh
mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan
kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh
kepada Allah.
ü
Keempat:
Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati
atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.
ü
Kelima:
Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan
seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah
yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di
antara mereka berdua.
ü
Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam
perkara) juga termasuk di dalam
sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu
suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu
dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang
meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan
lain-lain lagi.
ü
Ketujuh:
Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas
kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya
seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian
daripada sutera dan emas.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com