Kaidah Fikih > Faedah mempelajari ilmu Qawad Fiqhiyyah
Antara
faedah yang dapat diperoleh jika ilmu Qawaid Fiqhiyyah dipelajari
ialah : [10]
1.
Merupakan
ilmu yang sangat penting kepada para mujtahid dalam berijtihad dan menetapkan
sesuatu hukum fiqh.
2.
Membantu
untuk mengetahui hukum-hukum yang terperinci serta menjelaskan berkaitan dengan
fiqh Islam
3.
Ilmu
ini sebagai jalan untuk memahami hakikat fiqh, punca pengambilan dan
rahsia-rahsianya.
4.
Menjadikan
seseorang itu lebih faham akan penghayatan fiqh dan mampu untuk menghubung dan
mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalah-masalah yang
tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa.
5.
Melalui
ilmu ini, seseorang itu tidak perlu menghafal masalah juz’iyyat yang
terlalu banyak jumlahnya, kerana masalah juz’iyyat tersebut sudah
termasuk dalam kaedah-kaedah kulliyah.
6.
Pecahan
dan cabang-cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah fiqhiyyah
ini.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com