Kaidah Fikih-1 > Pecahan kaidah Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat.( الأمر بمقاصدها )
Berdasarkan
kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan epada beberapa kaedah lain yang
lebih kecil. Antaranya:[11]
a.
( عدم اشتراط النية فى عبادة لا تكون عادة أو لا تلتبس) Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana
jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan yang
lain. Contohnya seperti beriman
kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini
kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan
niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan
yang lainnya.
b.
( اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره) Disyaratkan ta’yin(menentu)
dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan
ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain. Contohnya yang disyaratkan ta’yin
ialah seperti solat, dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah,
haji dan umrah.
c.
( مالا يشترط التعرض له جماة وتفصيلا اذا عينه وأخطأ لم يضر) Sesuatu amalan yang tidak disyratkan
ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan
dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan(tidak batal). Contohnya, seperti ta’yin tempat solat
dan waktunya, ta’yin imam akan makmun dibelakangnya, tiba-tiba tersalah
maka tidak batal solat tersebut.
d.
( ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل) Amalan-amalan yang disyratkan ta’yin,
jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu. Contohnya, tersalah niat puasa kepada
niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.
e.
( ما يجب التعرض له جملة ولا يشترط تعيينه تفصيلا اذا عينه
وأخطأضر) Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh
baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci
apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal). Contohnya, seseorang yang sembahyang
jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata yang disembahyangkan
itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal
sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat
itu.
f.
النية
فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعم الخاص)) Iaitu niat
seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan
ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang
khas. Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap
dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.
g. ( مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين
عندالقاضى) Tujuan dan matlamat lafaz
adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja
iaitu sumpah dihadapan hakim. Ini
kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira
mengikut niat orang yang bersumpah.
h. ( العبرة فى العقود للمقا صد والمعاني لا للالفاظ والمعاني) Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau
kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan
kalimah-kalimah sahaja.
Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang
sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Laludijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya
kepada engkau”.
Sumber: http://www.radiorodja.com
Sumber: http://www.radiorodja.com