Artikel Education, General And Islamic

Kaidah Fikih > Pendahuluan

Artikel terkait : Kaidah Fikih > Pendahuluan


Qawa’id Fiqhiyyah merupakan kaedah yang bersifat umum meliputi sejumlah masalah fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum masalah fiqh yang berada dalam lingkupnya. qawaid fiqhiyyah secara langsungnya didasarkan dan disandarkan kepada dalil-dalil dari al-Qur’an dan Sunnah  dapat dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan hukum. Kaedah fekah iaitu kaedah-kaaedah yang bersifat umum, yang mengelompokkan masalah-masalah fekah secara terperinci menjadi beberapa kelompok, juga merupakan pedoman yang memudahkan penyimpulan hukum bagi suatu masalah, iaitu dengan cara menggolongkan masalah-masalah yang serupa dibawah satu kaedah.

Berhubung hukum feqah lapangannya luas, meliputi berbagai peraturan dalam kehidupan yang menyangkut hubungan manusia dengan Tuhannya, dan hubungan manusia dengan sesama manusia. Qawa’id  fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fekah Islamtentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas dalam berijtihad. 

Sumber: http://www.radiorodja.com

Artikel Arwave Blog Lainnya :

Copyright © 2015 Arwave Blog | Design by Bamz