Artikel Education, General And Islamic

kaidah Fikih > Perbedaan antara qawaid fiqhiyyah dan qawaid usuliyyah

Artikel terkait : kaidah Fikih > Perbedaan antara qawaid fiqhiyyah dan qawaid usuliyyah


Sebagaimana yang sedia maklum, Fiqh ialah disiplin ilmu yang berasingan dengan Usul Fiqh, begitulah juga Qawaid Fiqh dan Qawaid Usul. Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang pertama yang memisahkan serta mengasaskan secara berasingan kaedah Fiqh dan kaedah Usul ialah Imam Syihab al-Din al-Qarafi yang mana dijelaskan oleh beliau dalam mukadimah kitabnya yang bertajuk al-Furuq.[5]
Pertamanya, kaedah Usuliyyah ialah kaedah yang menerangkan manhaj atau methodologi yang semestinya diikuti oleh setiap ahli fiqh dalam mengistinbatkan sesuatu hukum syarak berpandukan dalil-dalil yang terperinci. Sementara itu, kaedah fiqhiyyah pula merupakan satu prinsip umum dalam fiqh yang mana merangkumi hukum-hukum syarak yang umum selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan permasalahan yang baru muncul, yang termasuk di bawah tajuk prinsip-prinsip berkenaan.[6] Kaedah ini digunakan oleh orang alim atau penuntut ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah fiqh mengikut kaedah tertentu.
Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa kaedah Usuliyyah ialah yang berkaitan dengan dalil-dalil umum, manakala kaedah Fiqhiyyah pula ilmu yang berkaitan dengan ibarat atau merupakan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Perbezaan lain yang dapat diketengahkan di sini ialah kaedah usuliyyah ialah kaedah kulliyyah yang dipraktikkan terhadap keseluruhan atau semua masalah juz’iyyat atau terperinci, manakala kaedah fiqhiyyah pula merupakan hukum yang bebentuk kebanyakan yang mana pelaksanaannya terhadap masalah juz’i  dalam sebahagian daripada masalah fiqh dan skopnya adalah berkaitan dengan perbuatan mukallaf.

Sebagai rumusannya, walaupun terdapat beberapa perbezaan antara keduanya, namun kedua-dua ilmu tersebut adalah saling lengkap melengkapi dan berkait rapat antara satu sama lain. Perbezaan yang terbentuk hanyalah dari sudut ibarat sahaja, khasnya dalam konteks penyempurnaan skop dan bidang perbahasan yang berkaitan dengannya.[7]

Sumber: http://www.radiorodja.com

Artikel Arwave Blog Lainnya :

Copyright © 2015 Arwave Blog | Design by Bamz